EPL: Manchester City enggan rencatkan rentak

EPL: Manchester City enggan rencatkan rentak

EPL: Manchester City enggan rencatkan rentak
CITY masih segar dengan kejayaan menjulang trofi Piala Super Eropah dan bersedia meneruskan rentak kemenangan ke atas Newcastle. – AFP

MANCHESTER – Manchester City turun menghadapi Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad awal pagi esok dengan keyakinan yang cukup tinggi.

Ia berdasarkan kejayaan terbaharu The Citizens menjuarai gelaran Piala Super Eropah menewaskan Sevilla 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas seri 1-1 di Stadium Karaiskakis, Piraeus, Greece kelmarin.

Pemain sayap lincah, Jack Grealish sudah tidak sabar membuktikan kemampuan mereka ke atas Newcastle yang dianggap antara pencabar terkuat untuk merampas kejuaraan EPL musim ini.



Dalam masa sama, Grealish, 27, juga mahu menamatkan ‘persengketaan’ antara dirinya dengan Miguel Almiron selepas dia didakwa memperlekehkan kemampuan bintang Newcastle itu musim lalu.

“Kami mahu meraikan kejayaan ini (Piala Super Eropah) dahulu sebelum pulang dan memberikan fokus kepada aksi seterusya. Kami ada perlawanan penting menentang pasukan yang cukup bagus (Newcastle).

“Jadi, ini merupakan cabaran dan ujian yang cukup bagus buat kami untuk melihat kemampuan kami pada awal saingan musim ini,” kata Grealish.

Bagaimanapun, pengurus City, Pep Guardiola mengkritik jadual perlawanan EPL kerana lebih memihak Newcastle yang kini memiliki lebih banyak waktu rehat
berbanding pasukannya.



“Terima kasih kepada EPL kerana menyuruh kami bermain pada Sabtu (awal pagi Ahad), bukannya hari yang lain. Tiada pilihan selain bersedia sebaiknya untuk perlawanan itu,” jelas Guardiola. – AGENSI

EPL: Manchester City enggan rencatkan rentak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hudud akhirnya boleh dilaksanakan di Terengganu?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading