Graduan didakwa rogol kenalan baharu media sosial

Graduan didakwa rogol kenalan baharu media sosial

Graduan didakwa rogol kenalan baharu media sosial
Muhammad Fakhrul Hakim dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas mengaku tidak bersalah merogol kenalan media sosial yang baru dikenali. NSTP/ Alias Abd Rani

MUAR: Seorang graduan institusi pengajian tinggi di Melaka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas pertuduhan merogol gadis remaja baru dikenali di media sosial, pada tahun lalu.

Tertuduh Muhammad Fakhrul Hakim Mohamad Ali, 22, yang berdepan satu pertuduhan bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol kenalannya berusia 15 tahun ketika kejadian, di taman permainan dekat Sungai Mati, Tangkak, antara jam 6.15 hingga 6.40 petang, pada 3 Julai 2022 dan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan.



Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh diwakili peguam Nor Hafizah Abdullah.

Pihak pendakwaan sebelum itu memohon mahkamah mempertimbangkan supaya tiada jaminan ditawarkan memandangkan mangsa masih mentah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu stokin – Pendirian PAS berpaksi politik, bukan berpaksi agama




“Tertuduh melakukan perbuatan itu kepada mangsa yang baru dua bulan dikenali di media sosial.

“Sekiranya mahkamah ingin memberikan tawaran ikat jamin, pihak pendakwaan mencadangkan RM15,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mei ini untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Pada masa sama, mahkamah menetapkan dua syarat iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan tidak boleh mengganggu atau berhubung dengan mangsa atau keluarganya.



Berdasarkan laporan dibuat mangsa, tertuduh membawa mangsa melakukan perbuatan itu dan meninggalkannya berdekatan sebuah kedai serbaneka.

Selepas mangsa menceritakan kejadian itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Mati pada hari kejadian.

Graduan didakwa rogol kenalan baharu media sosial

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Isu stokin – Pendirian PAS berpaksi politik, bukan berpaksi agama

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading