Mayat bayi ditemukan di tempat pembuangan sampah

KLANG: Polis menahan sepasang kekasih susulan penemuan satu mayat bayi lelaki di tempat pembuangan sampah di sebuah kondominium di Bandar Baru Klang, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima panggilan dari seorang lelaki jam 3.05 petang semalam yang memaklumkan menjumpai bayi berkenaan di lokasi terbabit.

“Sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara bergegas ke lokasi kejadian dengan kerjasama pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati, bayi itu di buang di tempat pembuangan sampah kondominium berkenaan.

“Pihak perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) yang hadir ke lokasi mengesahkan bayi lelaki yang dianggarkan berumur empat bulan itu dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Vijaya Rao berkata, bertindak di atas maklumat, polis berjaya menahan seorang wanita warga asing yang dipercayai suspek utama dan seorang lelaki tempatan yang juga teman lelaki wanita itu.

“Tangkapan ke atas kedua-dua suspek yang berumur 30-an dan 40-an itu dibuat di sekitar tempat kejadian kira-kira jam 6.30 petang semalam.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah bagi permohonan perintah tahanan reman bagi meneruskan siasatan,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker