PRN SABAH PENENTU NASIB BN DAN IMPAK KERJASAMA PAS DENGAN PN

Agama itu adalah asasnya sedangkan pemerintah sebagai pengawalnya. Apa yang tidak ada asasnya, nescaya boleh membawa keruntuhan dan apa yang tidak ada pengawalnya akan menjadi hilang.Asas inilah yang telah menyebabkan tumbangnya sebuah kerajaan yang tertubuh melalui fitnah.

Rakyat telah menyaksikan apabila DAP mula mengusai kerajaan dengan sokongan Mahathir, Islam dan Melayu ditindas secukupnya. Segala aset dan hak-hak Islam dan Melayu dilelong. Mahathir lupa janji Allah, Janji Rasul bahawa tindakan ini amat dimurkai Allah dan Rasul.

Sabda Nabi SAW: “Apabila urusan diserahkan kepada selain ahlinya, nantikanlah hari kiamat.” (Riwayat Bukhari) Abu Zar Al-Ghifari

Tindakan rakyat menukar kerajaan PH kepada PN yang disokong oleh UMNO dan PAS  atas nama Muafakat Nasional adalah tindakan yang tepat dimana untuk menyingkirkan “bukan ahli” dalam pemerintahan Negara yang didominasi oleh Melayu Islam.

Sebenarnya rakyat sudah terhumban dalam kolam piranha apabila mereka dahulu memilih sebuah parti yang dikatakan membela rakyat. PH/DAP parti yang mendominasi politik Negara menjadi pemerintah atas fitnah dan pembohongan.

Rakyat menjadi serik, terasa ada yang menghantuk kepala ke dinding, menyesal kesilapan memilih. Seluruh rakyat menanggung bahana kesilapan ini. Tetapi perancangan Allah tiada siapa yang tahu.

Rupanya Allah mengajar kita tentang kebathilan dan kebenaran, kepalsuan dan kebenaran, kejahatan dan kebaikan sehinggalah Allah dengan kekuasaannya menukarkan semula kerajaan sebagaimana sepatutnya.

Sebenarnya tiada istilah pintu belakang, tebuk atap atau apa juga gelaran yang seharusnya diberikan kepada kerajaan PN sekarang. Semuanya adalah kifarah Allah dimana  untuk menunjukkan siapakah yang sebenar benarnya benar dan siapakah yang sebenar benanrnya salah.

Sekarang Mahathir menubuhkan PEJUANG sebagai parti alternative untuk menyokong PPBM yang dipimpin oleh Muhyiddin. PEJUANG dan PPBM adalah kroni yang sama untuk memecahkan sokongan  dalam pilihanraya.

Penubuhan  PEJUANG itu adalah agenda yang sama dilaksanakan oleh Muhyiddin untuk menguburkan UMNO yang mana merupakan agenda asal PH atau PPBM.

Kita dapat melihat pemimpin PH dan PN tidak jujur amat pandai- Mereka  pandai menipu rakyat, mereka licin selicin belut, mereka licik selicik kancil, mereka pandai merungkai kata, seperti  pujangga yang menari di atas kata-kata indah hingga rakyat terlena terutama ketika berkumandang dengan janji-janji indah yang selalu berjuang untuk kepentingan rakyat, tapi sesungguhnya mereka adalah para pembohong

Persoalannya sekarang untuk apa PN berkerjasama dengan Muafakat Nasional/ PAS dan BN sedangkan pada masa yang sama  Muhyiddin sudah berikrar tidak akan  bersama UMNO BN?

Hal ini kita dapat melihat bagaimana PN sekarang sudah mula menunjukkan taringnya terhadap Muafakat Nasional, Sekarang mereka mendominasi tuntutan kerusi dan BN dan UMNO dilihat terpaksa akur dengan tuntutan tersebut.

Atas nama berjiwa besar, apakah UMNO BN akan meyerahkan kerusi yang dimenangi mereka kepada PN atas nama sokongan. Jika ini berlaku rakyat melihat betapa terdesaknta BN UMNO apabila bertindak dan terpaksa berkorban tanpa mempedulikan hak hak akar umbi.

Sudah pasti jawapan yang akan diterima adalah atas nama perpaduan, bangsa tetapi pada masa yang sama pemimpin BN sendiri sedang menkafankan UMNO tanpa sedar. Rakyat sedang memerhati setiap langkah dan kewibawaan pemimpin UMNO.

Adakah semua tindakan mereka berteraskan perjuangan UMNO, Berteraskan pandangan dan pendapat akar umbi yang tiada jawatan atau berteraskan jawatan yang disandang sekarang walaupun hanya lantikan.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi maklumkan UMNO dah buat keputusan untuk tak sertai Perikatan Nasional, sebaliknya nak perkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan PAS dan komponen Barisan Nasional (BN).

“Justeru, apa yang disuarakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan beliau baru-baru ini, adalah suara kolektif kepimpinan dan akar umbi UMNO. Bahkan, pendirian ini telah pun dibangkitkan barisan 11 kepimpinan yang mewakili UMNO dalam Jawatankuasa Induk Perundingan Muafakat Nasional yang turut disertai 11 kepimpinan tertinggi Pas,” – Asyraf Wajdi, melalui hantaran Facebooknya

Katanya, sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional  hanya berlandaskan sokongan ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu.

Rakyat memikirkan bagaimana muafakat tersebut dilaksanakan sedangkan PAS ini berada dalam kelompok PN dan memberikan sokongan kepada PN untuk membentuk kerajaan dan bukan sokongan mutlak kepada BN.

Pada masa yang sama juga Takiyuddin tegaskan PAS sokong sepenuhnya kerajaan PN sehingga PRU-15. Pada masa yang sama juga  PAS akan terus perkasakan MN kerana dah ada perjanjian dan parti itu selaku parti Islam akan berpegang kepada janji.

Jadi PRN Sabah akan memperlihatkan semuanya, Memperlihatkan sama ada pemimpin BN diperbodohkan oleh PN atas nama berkerjasama dan permuafakatan yang kabur setelah kemasuakan PN kedalam MN.

PRN ini akan menguji sejauh mana semangat kerjasama antara parti menyokong Perikatan Nasional (PN) dalam merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dalam proses membentuk kerajaan negeri. Kedua-dua pihak daripada awal menunjukkan keinginan menguasai kerusi.

Dimanakah BN ketika ini tanpa Perikatan Nasional.  Rakyat melihat bahawa jika berlaku pertandingan  tiga penjuru, UMNO akan menerima kesan yang buruk, begitu juga dengan BERSATU.

Orang tua-tua pernah berkata ketamakan akan merugikan dan jarang sekali akan menguntungkan malah merugikan  berbanding dengan sikap berkerjasama serta bertolak ansur.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker