Paip pecah, 16 kawasan di Hulu Selangor terjejas

HULU SELANGOR: Sebanyak 16 kawasan di wilayah Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan insiden paip pecah di Jalan Kolam Air, Kuala Kubu Bharu, di sini, malam tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi aplikasinya memaklumkan, penutupan sementara bekalan air dilakukan pada jam 11 malam bagi memberi laluan kepada kerja pembaikan.

Beliau berkata, kawasan yang terjejas adalah Taman Pesara, Kampung Asam Kumbang, Taman Bukit Bunga, Jalan Padang Tembak, Pekan Kuala Kubu Bharu, Taman Juta, Padang Golf, Kampung Orang Asli Tun Razak dan Jalan Syed Mansor.

“Turut terjejas ialah Hospital Kuala Kubu Bharu, Kampung Dagang Setia, Kampung Kelapa, Taman Sri Teratai, Taman Kuala Kubu Bharu Utama, Kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Masjid Kuala Kubu Bharu,” katanya.

Beliau juga berkata, kerja pembaikan sedang dilakukan dan segala usaha diambil meminimakan impak gangguan terhadap pelanggan terjejas.

“Status terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sasaran awal kerja siap adalah pada pagi ini.

“Untuk bantuan kecemasan, sila hubungi kami di talian 15300,” katanya.

BHOnline

Leave a Reply