Amar masak sendiri juadah di Sepanyol

Kuala Lumpur: Setiap kali bulan puasa tiba, sudah tentu pelbagai juadah berbuka dapat diperoleh terutama di bazar Ramadan.

Namun suasana itu pastinya berbeza buat anak Malaysia di perantauan yang perlu memasak sendiri jika teringin merasai menu masakan Melayu.

Perkara itu turut menghantui pemain profesional negara di Sepanyol, Amar Makruf Sharuddin yang menyediakan sendiri juadah ayam masak merah untuk berbuka puasa.

Menerusi satu perkongsian di laman Story Instagramnya, Amar yang kini beraksi dalam Segunda Division atau turut dikenali dengan saingan La Liga 2, AD Alcorcon, menyediakan sendiri bahan mentah hinggalah siap memasak.



Ayam masak merah yang sudah siap nampak lazat dan sekurang-kurangnya Amar dapat juga melepaskan kerinduannya menikmati masakan Melayu di bulan Ramadan yang terhasil daripada air tangannya sendiri.

Terdahulu, pemain sayap berusia 21 tahun itu menyertai latihan di akademi kelab berkenaan pada musim lalu sebelum diserapkan menyertai skuad bawah 23 tahun AD Alcorcon.

Amar yang berasal dari Bangi sebelum ini berjaya menarik perhatian pencari bakat di Eropah dengan aksi bersahajanya ketika sesi pemilihan dan latihan bersama kelab yang bertapak di pinggir Madrid.

AD Alcorcon adalah sebuah kelab profesional yang beraksi di La Liga 2 Sepanyol dan kini menghuni tangga terakhir liga selepas 34 perlawanan.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker