Resepi Ikan Kembung Rebus Air Asam

Ikan Kembung Rebus Air Asam, menu yang mudah dan sangat menyelerakan, juga sangat cepat disediakan. Kalau ada ikan kembung yang segar memang sesuai dimasak sebegini. Kalau di kampung dahulu, menu sebegini selalu menjadi pilihan untuk dimakan bersama ulam-ulaman dan sambal belacan. Memang boleh bertambah-tambah nasi tanpa anda sedari.

Menu ini juga sangat sihat kerana ikan nya cuma direbus dan bebas minyak.

Bahan-Bahan:

  • 3-4 ekor ikan kembung
  • 1 keping asam gelugur/asam keping
  • 1-2 biji tomato, potong dadu
  • 1 biji bawang besar, potong dadu
  • 1 inci belacan, bakar sehingga wangi
  • 5-6 biji cili padi, hiris kecil
  • 2-3 biji limau kasturi
  • 1 mangkuk kecil pati air asam jawa
  • sedikit sos ikan
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Dalam periuk atau kuali, tuang air anggaran tenggelam sedikit ikan dan rebus bersama asam gelugur dan sedikit garam selama 5-10 minit di atas api yang perlahan. Setelah masak, angkat ikan ke dalam bekas berasingan.
  2. Tuang air ikan di dalam bekas dan masukkan pati asam jawa, belacan bakar, bawang, tomato, perahan air limau kasturi, dan sedikit sos ikan.
  3. Ramas dengan tangan supaya bahan bergaul sebati dan pekat. Masukkan pula cili padi dan kacau dengan sudu.
  4. Tuang kuah air asam ke atas ikan. Hiaskan dengan potongan limau dan hirisan daun bawang jika suka.

Tips:

  • Cili ditambah kemudian dan dikacau dengan sudu supaya panas cili tak melekat ditangan

Resepi Oleh: Che’ Nom

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker