Bomboloni inti ‘Angin’

Setiap kali berkunjung ke bazar Ramadan sudah pasti kita akan rambang mata melihat pelbagai juadah yang dijual. Namun, keterujaan seorang pemuda dikenali sebagai Darwish dan rakan-rakannya untuk menikmati kuih bomboloni sebagai juadah berbuka puasa terbantut apabila mereka ditipu oleh peniaga.

Pada bulan yang mulia ini, masih ada lagi isu mengenai peniaga yang tidak jujur dan sanggup menipu pelanggan hanya kerana ingin mengaut keuntungan tanpa memikirkan kualiti barang yang dijual oleh mereka.



Menerusi video yang dimuat naik semula oleh Arif Eddy di TikTok, Darwish bersama rakan-rakannya membeli empat biji kuih bomboloni. Namun, apa yang mengejutkan mereka adalah inti kuih berkenaan kosong dan hanya ada diluar sahaja bagi menampakkan inti kuih tersebut seakan penuh.

Sedih dapat penjual macam ni. Kejam sungguh.

Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 15 saat itu meraih lebih satu juta tontonan dan mendapat lebih 119 ribu tanda suka di TikTok.



Sumber : si_darwish, arifeddy

OHBulan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button