Kes harian COVID-19 kembali bawah 10,000



 

Kes harian COVID-19 kembali mencatatkan angka bawah 10,000 kes apabila sebanyak 8,112 kes dilaporkan setakat semalam.

Kali terakhir negara ini mencatatkan kes bawah paras berkenaan ialah pada 4 Februari lalu iaitu sebanyak 7,234 kes dilaporkan.

Menerusi data yang dikongsikan oleh laman sesawang COVIDNOW, perkembangan itu menjadikan sehingga kini sebanyak 4,325,818 individu sudah dijangkiti virus berkenaan.

Mengenai perincian kes yang dilaporkan setakat jam 11.59 malam semalam, sejumlah 8,087 kes membabitkan penularan tempatan dengan 25 kes adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Rujukan – https://covidnow.moh.gov.my/bm/cases/

SELANGOR KEKAL TERTINGGI, PUTRAJAYA PALING SEDIKIT

Selangor kekal menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes baharu dengan pertambahan empat angka iaitu sebanyak 4,299 kes.

Diikuti Kuala Lumpur sebanyak 708 kes.

Selain itu ialah Negeri Sembilan dengan 490 kes, Perak (465), Johor (404), Pulau Pinang (355), Kedah (257), Melaka (225), Sarawak (224), Terengganu (211).

Turut mencatatkan pertambahan kes ialah Pahang dengan 193 kes, Sabah (124), Kelantan (98), Perlis (26), Labuan (22) dan Putrajaya (11).

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kategori dua paling tinggi yang mencatatkan kes baharu iaitu sebanyak 4,284 kes atau 52.81 peratus.

“Selain itu ialah kategori satu dengan 3,772 kes baharu, kategori tiga (29), kategori lima (17) dan kategori empat (10).

“Daripada 56 kes COVID-19 kategori tiga hingga lima itu, sejumlah 38 kes membabitkan individu yang mempunyai komorbid; berusia 60 tahun dan keatas (33); sudah menerima dua dos vaksin namun tiada dos penggalak (21) dan tidak divaksin atau belum lengkap (17),”.

Sehingga kini, terdapat sebanyak 145,798 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini, daripada jumlah berkenaan sejumlah 97.7 peratus atau 142,513 sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Ia disusuli dengan 2,811 kes sedang dirawat di hospital; Pusat Kuarantin dan Rawtan COVID-19 (PKRC) (300); Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan (110) dan ICU (64).

Sementara itu, sebanyak 12 kes kematian dilaporkan semalam menjadikan jumlah angka korban kini meningkat kepada 35,292 kes.

Jumlah berkenaan termasuk empat kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID). Negeri yang mencatatkan kes kematian ialah lima di

Sarawak, Perak (dua) dan masing-masing satu kes di Johor, Kedah, Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, mengenai kes pulih di negara ini terdapat sebanyak 15,765 kes dilaporkan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini meningkat kepada 4,144,728 kes.



BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker