Masak Tempoyak Ikan Patin ( Versi Asli Temerloh)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang popular di negeri Pahang. Jika berkunjung kesana rugi jika tidak mencubanya. Tempoyak ikan patin merupakan  masakan rasmi negeri Pahang. Ia dimasak menggunakan cili api, cili merah, kunyit dan sudah tentu tempoyak. Tempoyak bagi anda yang tidak pernah mencubanya diperbuat dari raja segala  buah iaitu durian. Isi durian diambil kemudian ditambah bersama sedikit garam, ada juga yang menambah gula terutama jika durian yang digunakan kurang manis.

Isi durian ini kemudian diperap beberapa hari sehingga ia mengeluarkan rasa masam. Rasa masam ini bersama aromanya yang dipanggil tempoyak. Manakala hanya ikan patin digunakan dalam masakan ini, ikan sungai ini sangat popular dinegeri Pahang. Ikan ini suatu masa dahulu pernah menimbulkan kontroversi kerana dijual dengan harga ratusan ringgit sekilo!. Namun ikan patin ini mudah didapati kerana ia dibela didalam sangkar. Mari lihat bahan-bahan yang digunakan didalam resepi ini.

Masak Tempoyak Ikan Patin ( Versi Asli Temerloh)

Bahan bahan

  • 1 ekor ikan patin saiz sederhana
  • 2 senduk kecil tempoyak
  • 4 cawan air – agak agak pekat kuah disukai
  • 1 biji cili merah – optional untuk bagi kuah merah jer
  • Segenggam cili padi merah – ikut pedas disukai
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • Secekak daun kesum
  • Sekeping asam keping
  • Sedikit garam, serbuk perasa dan gula

Kaedah

  • Mula-mula bersihkan ikan patin dan rendam didalam air berisi garam dan asam jawa untuk mengurangkan bau hanyir.
  • Kisar cili merah dan cili padi hingga halus.
  • Kemudian masukkan tempoyak dan gaul rata.
  • Masukkan air pada aras yang diingini.
  • Tambahkan serbuk kunyit dan juga asam keping jika suka.
  • Buka api dan biar kuah mengelegak.
  • Selepas itu, baru masukkan ikan dan daun kesum.
  • Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
  • Masak hingga kuah mengelegak untuk kali kedua.
  • Tutup api.
  • Siap untuk dihidangkan.

Tempoyak boleh dibeli dipasar-pasar pagi dinegara kita ini. Namun anda juga boleh membuatnya sendiri kerana ia sangat mudah. Jika anda mendapat tempoyak yang masih baru ia agak manis, jadi anda boleh mengurangkan sukatan gula atau tidak menggunakan gula langsung. Masakan ini sedap dimakan bersama nasi panas dan ulam ulaman. Biasanya ia dihidangkan diwaktu makan tengahari.



Resepi.My

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button