MetMalaysia keluarkan amaran ribut tropika

 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan, Palawan dan Sulu.

Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada 10 pagi ini, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah.



Ribut tropika Megi itu berada di kedudukan kira-kira 144 kilometer (km) ke barat laut Surigao City, Filipina dan 950 km ke timur laut Sandakan, Sabah dengan kelajuan angin maksimum 65 km/j.

Orang awam dinasihatkan agar lebih peka dan mengikuti perkembangan semasa mengenai situasi itu dan boleh mendapatkan maklumat yang dikemas kini setiap tiga jam di laman web dan aplikasi myCuaca ataupun talian hotline MetMalaysia.

-BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker