Malaysia tiada Duta atau wakil di 30 negara?

 

Selepas heboh ketibaan Perdana Menteri ke Dubai agak mengecewakan, tular pula rakaman perbualan dipercayai berkaitan dengan Wisma Putra.

Mengejutkan sekali dalam perbualan tersebut nama Menteri Luar, Saifuddin Abdullah turut disebut  mempunyai hubungan baik yang tidak bagus dengan Ismail Sabri.

Malah pemanggil juga menyatakan kegusaran beliau mengenai tata kerja Saifuddin yang tidak memberangsangkan.

 

 

“psm pun bangang…diorang pun tak buat kerja” 

Mendengar rakaman perbualan, pemanggil mendedahkan jumlah keseluruhan Duta atau wakil Malaysia ke negara luar.

“this is at this moment leaving literally the worst in history at Wisma”

“kita ada 107 sahaja mission…33 kosong…”

Adakah benar dakwaan dalam rakaman mengenai jumlah Duta atau wakil Malaysia di luar negara tidak mencukupi? Jika benar dakwaan tersebut, ini sesuatu yang perlu diselesaikan Wisma Putra dengan segera.

Hubungan diplomatik Malaysia dengan negara luar tidak pernah menghadapi masalah sebelum Mei 2018. Segalanya mula berubah selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara.

 

 

Hubungan baik Malaysia dengan negara asing banyak menerima kerosakan akibat kelancangan beberapa Menteri PH termasuk Perdana Menteri ketika itu.

Menteri Luar, Saifuddin Abdullah pula dikatakan mengalami penyakit yang menyebabkan beliau tidak boleh duduk terlalu lama dalam satu-satu penerbangan.

Beliau juga dikatakan tidak dapat memberi komitmen penuh terhadap tugaas yang digalas.

Mungkin sudah tiba masanya jawatan tersebut diserahkan kepada yang lebih berpengalaman serta berkemampuan menguruskan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar.

Perlu dapat restu PN untuk bubar parlimen?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker