Norhizam masih menunggu ‘lamaran’ parti politik

 

Siapa tidak kenal sosok tubuh Datuk Norhizam Hassan Baktee dalam politik Melaka sepanjang 2018 – 2021? Individu yang penuh kontroversi dari cara berbahas hinggalah kronologi babi berenang masuk ke Melaka.



Beliau juga antara wakil rakyat yang disenangi walau adakala cara beliau dilihat agak kasar dalam percakapan.

Bertanding di Dun Pengkalan Batu semasa PRN Melaka, bagaimanapun gagal mengekalkan kedudukan selepas tewas di tangan Kalsom Nordin dengan hanya memperolehi 1,218 undi.

Norhizam masih kekal ahli politik bebas selepas bertindak keluar dari DAP pada 2020.

Baru-baru ini beliau dikatakan masih berminat dengan politik dan memilih kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya sebagai platform baru.



Norhizam sebenarnya masih menanti ‘lamaran’ dari parti politik yang berminat untuk menjadikan beliau sebagai calon mereka.

Difahamkan sudah ada beberapa parti berminat dengan Norhizam. Namun parti mana yang akan memilihnya masih belum dipastikan.

 

Norhizam Hassan Baktee



 

Semasa dihubungi my-tv.online, Norhizam menyatakan beliau agak terkilan kerana sudah tidak dapat membantu golongan nelayan di Melaka berikutan kekalahan dalam PRN.

Beliau berkata akan meneruskan usaha membantu golongan tersebut sekiranya berjaya menang kerusi Parimen.

Apabila ditanya keyakinan menang PRU15, Norhizam menyatakan dengan kehadiran Undi18, beliau yakin anak muda akan memberi peluang besar untuk kemenangannya kelak.



Tidak dinafikan beliau mempunyai hubungan unik dengan anak muda berikutan caranya yang agak ‘trendy’ serta memahami cara pergaulan anak muda.

Mungkin Parlimen akan lebih ‘meriah’ dengan kehadiran Norhizam selepas beliau berjaya ‘menghiburkan’ Dun Melaka dengan gelagat beliau berhujah selama ini.

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button