Pahang beri hadiah kepada pencipta ‘Keluarga Semut’

 

Dalam kalangan 37 penerima sumbangan Kerajaan Negeri Pahang pagi ini, seorang pelajar berusia 13 tahun iaitu Nur Iman bin Mohd Azli Lee berjaya menarik perhatian saya atas bakat besarnya dalam bidang seni lukis.

Adik Nur Iman sebelum ini telah berjaya menghasilkan buku cerita bergambar kanak-kanak berjudul ‘Naga Tasik Chini’ yang diterbitkan dalam dwi bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Rusia. Beliau juga turut menghasilkan ilustrasi untuk sebuah buku puisi bergambar bertajuk ‘Keluarga Semut’.

Bukan sekadar itu sahaja, adik Nur Iman juga turut menjual hasil lukisannya menerusi karya digital Non-Fungible Token (NFT) di pentas.io dan karya-karya beliau ini mendapat perhatian peminat-peminat NFT.

GUNA NAMA SAMARAN RAZOR

Beliau dikenali melalui projek NFTnya CryptoNaga atas nama pengguna (user name) sebagai Razor.

NFT merupakan token digital yang membolehkan anda menjual dan membeli hak milik aset digital. Contoh NFT adalah seperti lukisan, muzik, animasi, GIF, video, kosmetik dalam permainan video, dan tiket konsert.

 

KERAJAAN PAHANG HADIAHKAN KOMPUTER RIBA SPESIFIKASI TINGGI

Melihat kesungguhan adik Nur Iman dalam seni lukis terutamanya menerusi karya digital, Kerajaan Negeri Pahang berbesar hati memberi sumbangan berupa komputer riba yang berspesifikasi tinggi dan paparan monitor lukisan untuk beliau mengembangkan lagi bakatnya.

Malah, Kerajaan Negeri melalui PAHANG SKILLS Development Centre (PSDC) turut bersedia menawarkan Kursus Multimedia secara percuma kepada adik Nur Iman dan surat tawaran diserahkan sendiri oleh Pengarah Eksekutif PSDC, Encik Mohd Yusri bin Mohd Nor sebentar tadi.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada adik Nur Iman kerana dalam usia yang sebegini muda beliau telah menunjukkan kesungguhan dan keazaman untuk mengejar cita-citanya.

Saya doakan semoga adik Nur Iman berjaya mencapai impiannya itu dan menjadi contoh tauladan kepada pelajar-pelajar lain di Negeri Pahang untuk meneroka teknologi dan kemahiran baharu pada masa hadapan seperti NFT dan blockchain ini terutama dalam penghasilan karya-karya digital.

Sumber – Dato Sri Utama Wan Rosdy Wan Ismail

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker