Perompak ugut potong jari Cole

London: Seorang perompak mengugut untuk memotong jari bekas pemain pertahanan England, Ashley Cole dengan playar ketika memecah masuk rumahnya.

Mahkamah Nottingham Crown mendengar bahawa Cole, 41, dibawa mengelilingi rumahnya dengan hanya berseluar pendek ketika perompak menuntut barang kemas pada Januari 2020.

Kurtis Dilks, 34, dituduh menjadi seorang daripada empat lelaki yang memecah masuk kediaman Cole menggunakan tukul besi.

Juri diberitahu Cole dan pasangannya Sharon Canu masing-masing diikat tangan dengan kabel dan mahkamah turut melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) penceroboh itu masuk dan mengarahkan Cole yang bermain bersama Arsenal dan Chelsea, turun tangga.



Mahkamah diberitahu bahawa antara barangan yang hilang ketika rompakan itu termasuk wang tunai, telefon bimbit dan jam.

Dilks juga didakwa merompak Cole dan Canu selain memecah masuk rumah bekas pemain tengah Tottenham dan Derby, Tom Huddlestone bersama defendan, Ashley Cumberpatch dan Andrew MacDonald.

Pendakwa Raya, Michael Brady berkata walaupun Cole berada di rumah bersama keluarganya “perompak berkenaan jelas tidak takut dengan kehadirannya”.

Dia menambah Cole memberitahu pasangannya supaya menghubungi polis ketika bersembunyi di dalam almari.



Pendakwaan berkata: “Canu menyedari seorang daripada perompak itu membuka pintu almari baju dan mengambil telefon itu daripadanya ketika dia sedang bercakap dengan polis.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker