Ramos belum sedia ‘Gantung but’

PARIS: Pertahanan veteran Sepanyol dan Paris Saint-Germain (PSG), Sergio Ramos ingin bermain empat atau lima tahun lagi dalam saingan peringkat tertinggi sebelum bersara.

Pemain berusia 36 tahun itu menyertai PSG selepas menjuarai Liga Juara-Juara sebanyak empat kali bersama Real Madrid, Piala Dunia 2010 dan dua kali juara Eropah bersama Sepanyol.

“Saya harap dapat bermain antara empat hingga lima tahun lagi di peringkat tertinggi sebelum menimba pengalaman baharu,” kata Ramos kepada penyiar Ligue 1, Prime Video.

“Saya menandatangani kontrak dua tahun di PSG dan kami akan cuba melanjutkan kepada tiga tahun, setahun lagi dan kemudian kita lihat apa yang berlaku.

“Selagi saya cergas, saya yakin boleh kekal fokus,” katanya.

Sejak hadir di Ligue 1, Ramos bergelut dengan kecederaan betis yang menyaksikannya dia terlepas aksi dalam lima bulan pertama musim ini.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker