Resepi vadai rangup diluar, gebu didalam

 

Resepi Vadai Rangup Di Luar Gebu Di Dalam

Bahan-bahan – 

450gm kacang dhal – direndam 4 jam (2 cawan])
1 labu bawang besar – dihiris nipis
3 tangkai cili kering – dihiris halus
2 tangkai daun kari – diracik
   sebiji cabai hijau besar – dihiris
   sebiji cabai merah besar – dihiris
1 setengah sudu makan jintan manis – ditumbuk
   segenggam kecil ikan bilis – ditumbuk (menambah penyedap)
   sesudu teh garam halus atau secukupnya
1/4 sudu teh gula
sedikit penambah perasa – jika suka

Cara-caranya:

1. Kacang dhal ditapis. Kemudian kisar guna blender biasa sahaja tambah sedikit air, kisar hancur. Jika ada sikit-sikit tak hancur tak ada masalah.

2. Selepas kisar tapiskan dan biarkan sebentar untuk asingkan lebihan air, awas jangan perah pula kacang kisar tu. Kemudian letak di dalam bekas lain yang selesa. Selepas itu masukkan semua bahan di atas, gaul sebati.

3. Pastikan minyak telah panas, ambil sejemput bancuhan vadai tak besar sangat tak kecil sangat, bulatkan di atas tapak tangan, terus masukkan perlahan-lahan ke dalam kuali.

4. TIPS menggoreng dan tak hancur; Guna minyak yang banyak semasa menggoreng dan pastikan betul-betul panas minyaknya untuk elak dari vadai hancur di dalam kuali, minyak yang panas memainkan peranan sangat penting, di bahagian luar vadai akan cepat garing dan mengeras maka vadai tidak akan hancur atau berderai.

5. Setelah itu perlahankan api goreng seperti biasa hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak..
Selamat mencuba..

Kredit : owner resepi, sumber FB
Airtangan dan pic: Eniza M. Salim

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker