Selangor peruntuk 758 hektar tanah untuk projek ECRL

SHAH ALAM: Seluas 758.47 hektar tanah diperuntukkan Selangor untuk pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), membabitkan daerah Gombak, Klang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Infrastruktur negeri, Ng Sze Han, berkata laluan sepanjang 90.27 kilometer (km) itu membabitkan jajaran bertingkat sepanjang 27.84km, arah tanah sepanjang 33.93km dan terowong sepanjang 28.5km.

“Bagi jajaran C1B, katanya, pembinaan projek hanya di daerah Gombak yang membabitkan laluan sepanjang 180.43km,” katanya menjawab soalan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini hari ini.



Beliau memaklumkan, jajaran C2 pula membabitkan daerah Gombak (158.33km), Hulu Selangor (169.09 km), Kuala Selangor (118.78 km) dan Klang (131.82 km).

Dalam pada itu, Sze Han memberitahu, tiada perubahan jajaran ECRL dalam Selangor seperti yang sudah dimuktamadkan pada 2020, iaitu membabitkan kawasan utara negeri ini.

“Jajaran ECRL di Selangor sudah dimuktamadkan agar menggunakan kawasan sebelah utara,” katanya turut memaklumkan, kerajaan negeri berharap cadangan membina satu lagi laluan rel di selatan Selangor mendapat pertimbangan kerajaan Persekutuan.

“Cadangan daripada kerajaan negeri untuk mengadakan satu lagi laluan rel di sebelah selatan sudah diberikan kepada kerajaan Persekutuan dan kita harap ia akan dipertimbangkan,” katanya.



Sebelum ini, Selangor memilih jajaran selatan membabitkan Hulu Langat, Sepang dan Pelabuhan Klang untuk laluan ECRL, namun bersetuju menerima cadangan pembangunan di jajaran utara dengan mengambil kira kesan terhadap alam sekitar dan impak sosial.

Mei lalu bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, dilaporkan berkata, projek ECRL sepanjang 665km dengan kos anggaran RM50.27 bilion dijangka siap pada 2026.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button