18 calon tawar diri untuk 4 jawatan Naib Presiden

 

Perebutan jawatan tertinggi dalam Parti Keadilan Rakyat sudah bermula. Dato Seri Anwar Ibrahim muncul sebagai pemenang pertama apabila menang tanpa bertanding jawatan Presiden.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, 2 nama besar akan berentap mengisi kekosongan yang ditinggalkan Azmin Ali selepas berhijrah ke PPBM.

Agak mengejutkan untuk jawatan Naib Presiden, 18 calon menawarkan diri bertanding. Hampir pasti saingan hebat akan dihidangkan kepada perwakilan untuk jawatan tersebut.

Bayangkan sehingga 18 orang berminat untuk berdiri bersama Anwar Ibrahim dalam mempersiapkan PKR untuk PRU15. Tetapi itu bukanlah kegusaran sebenarnya setiap klai berlangsung pemilihan PKR.

Yang digusarkan ialah jumlah ‘kerusi terbang’ setiap kali berlangsung pemilihan PKR seperti lazim terjadi.

 

Mungkin percaturan perwakilan ialah melihat terlebih dahulu siapa yang akan memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR samada Saifuddin Nasution atau Rafizi Ramli.

Ini akan mempengaruhi susunan barisan Naib Presiden PKR dan sudah pasti kedua-dua calon Timbalan Presiden mahukan pasukannya menang setidaknya 2/3 jawatan tinggi dalam PKR.

Siapa berada dalam siapa, siapa akan beri ‘gula-gula’ dijangka mewarnai pemilihan PKR dan akan mempengaruhi perwakilan.

ANWAR IBRAHIM BERI ISYARAT SIAPA PERLU DIPILIH JADI TIMBALAN PRESIDEN?

 

Anwar Ibrahim menerusi satu klip video menyampaikan sindiran pedas sebagai ‘bekalan’ kepada semua calon yang merebut jawatan tinggi dalam PKR.

Malang sekali apabila Nurul Izzah Anwar enggan bertanding sebarang jawatan kali ini selepas melepaskan jawatan Naib Presiden yang disandang sebelum ini.

 

 

Tidak dapat dipastikan sebab sebenar Izzah enggan bertanding walau beliau memberi alasan mahu menumpukan isu anak muda.

Tanpa sebarang jawatan dalam PKR, apakah Izzah sebenarnya mempunyai perancangan lain atau beliau sendiri berperanan mencatur siapa yang akan menjadi Naib Presiden PKR kali ini?

Pastinya menarik perebutan jawatan Naib Presiden PKR kali ini. Ramai pemerhati politik sedang menilai prestasi calon untuk PKR terus relevan dalam arus perdana politik Malaysia.

 

Pemilihan PKR – Saifuddin akan kalahkan Rafizi

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker