Sampai bila hanya siasatan terhadap Tawfiq dan Zeti?

 

Rakyat yang ternanti apa tindakan PDRM sudah bosan dengan siasatan demi siasatan tanpa tindakan terhadap Zeti dan Tawfiq.

Masih kurangkah pendedahan yang dibuat bekas Peguam Negara, Tommy Thomas secara terbuka dalam satu wawancara? 

Atau berlaku kecacatan dalam pendedahan yang dibuat Raja Petra berkaitan kes Zeti dan Tawfiq?

Tidak cukupkah bukti yang dikeluarkan oleh pihak Singapura atau Tim Liessner di Mahkamah US hingga menyebabkan sehingga hari ini Zeti dan Tawfiq masih tidak diambil tindakan?

Bila Tawfiq dan Zeti akan dihadapkan ke Mahkamah dan kaitan mereka dalam kes 1MDB juga menjadi persoalan besar kepada rakyat.

Adakah kerana akan terjadi pembongkaran hingga membawa kepada terdedahnya dalang sebenar sebalik kes 1MDB?

Untuk mengelakkan dalang didedahkan, maka tindakan tegas dilengah-lengahkan untuk ‘membeli masa’ bagi mencari alternatif mengaburi kes?

AKHIRNYA KES TAWFIQ DIRUJUK KE PEJABAT PEGUAM NEGARA

 

Rentetan pembongkaran yang didedahkan dalam media tempatan mengenai penglibatan Tawfiq dan Zeti dalam kes 1MDB, akhirnya telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.

Dalam kenyataan Pengarah Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Mohd Kamaruddin Md Din pada 12 April 2022, beliau mengesahkan kes Tawfiq telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.

Hasil pertemuan pegawai PDRM dengan pegawai Polis Singapura telah membawa penemuan dokumen serta kenyataan untuk diserahkan sebagai bukti siasatan. Pertemuan antara PDRM dan CAD Singapura berlangsung pada 29 hingga 31 Mac 2022.

RAKYAT BERHARAP PEJABAT PEGUAM NEGARA TEGAS DAN BERTINDAK SEGERA DENGAN BUKTI YANG TELAH DISERAHKAN

Tangkap Zeti dan suami, semua akan terbongkar

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker