Daim kena “sakit buatan” dan guna hospital sebagai ‘kubu perang’?

Oleh – Bakhtiar Omar


Daim kena "sakit buatan" dan guna hospital sebagai 'kubu perang'?

Keadaan kesihatan Tun Daim Zainuddin menimbulkan persoalan samada beliau kena “sakit buatan” atau benar-benar sakit dan perlu berehat didalam hospital.



Ada spekulasi menyatakan, Daim menggunakan alasan Hospital sebagai ‘kubu perang’ dan tempat mengatur strategi bagi mengelak dari disiasat SPRM.

Desas-desus lain menyatakan Daim mempunyai seorang ‘saudara’ berpangkat Doktor di hospital dimana beliau dimasukkan. Benarkah?

SPRM dalam pada itu mengesahkan telah mendapat kebenaran untuk mendakwa bekas Menteri Kewangan tersebut di bawah Akta SPRM 2009.

Cadangan untuk menjadikan Hospital yang didiami Daim sebagai Mahkamah bagi meneruskan pendakwaan terhadap Daim boleh dipertimbangkan.



Jika Daim benar-benar sakit dan tidak boleh bergerak ke Mahkamah, apa salahnya pihak berwajib membawa Mahkamah kepada Daim?

Beliau sebelum ini pernah menyatakan aset miliknya mencecah RM50 billion jika dicairkan dan sekiranya beliau tidak menyertai politik. Jika benar dakwaan tersebut, maka Daim merupakan individu ‘terkaya’ dalam Malaysia mengatasi ‘Raja Gula’ Malaysia, Robert Kuok.

“Pihak SPRM sedang menyiapkan pertuduhan, tetapi beliau (Daim) telah dimasukkan hospital dan tidak dimaklumkan secara jelas atas sebab apa.
“Oleh sebab demikian, pertuduhan tidak dapat lagi dilaksanakan buat masa ini dan kita akan melihat kepada keadaan semasa” – Laporan 24/1/2024

Manakala itu, isteri Daim, Nai’mah Khalid telah didakwa di Mahkamah Sesyen atas atas pertuduhan gagal mematuhi notis yang diberikan kepadanya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Daim yang dikenali sebagai ‘kawan baik’ Tun Mahathir, merupakan antara individu yang dinamakan dalam ‘Pandora Papers’.



Pada 21 Disember 2023, Manara Ilham milik Daim dan keluarga telah disita oleh SPRM. 

Semalam, sepucuk surat tulisan Marinah Yusoff kepada Dr Mahathir telah tular di media sosial. Surat bertarikh 14 April 1987 menyentuh mengenai penglibatan Daim Zainuddin dalam urustadbir dan salahguna kuasa semasa Mahathir memerintah.

Surat Pendedahan Harta Ahmad Albab Yang Tidak Pernah Di Jawab Mahathir

Membaca surat berkenaan, timbul pula persoalan lain, mengapa Mahathir tidak mengambil tindakan terhadap Daim ketika itu? Adakah kerana Daim merupakan ‘kroni’ Mahathir atau memang Mahathir menjadikan Daim sebagai ‘Proksi’ bagi mengaut keuntungan berlipat ganda?



Segalanya mungkin akan terjawap bila sampai masanya.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button