Tuchel memuji usaha anak buah

MADRID- Pengurus Chelsea Thomas Tuchel memuji usaha pemainnya ketika menang 3-2 dalam masa tambahan di Real Madrid, meskipun keputusan itu tidak cukup membawa The Blues ke separuh akhir Liga Juara-Juara apabila tersingkir dengan agregat 5-4.

“Kami beraksi habis-habisan hari ini. Saya bangga dengan pemain dan saya fikir kami berhak mara tetapi nasib tidak menyebelahi kami,” kata Tuchel pada sidang media selepas perlawanan.

“Kami tidak bernasib baik. Itulah sebabnya kami kecewa. Kami kalah kerana kualiti individu dan penyudah. Kami melakukan dua kesilapan, dua kali hilang bola. Ia tidak sepatutnya berlaku.”



Real berjaya menahan kebangkitan penyandang juara itu untuk mara ke separuh akhir dan akan menentang pemenang perlawanan antara Manchester City atau Atletico Madrid.

“Tiada penyesalan. Ini adalah kekalahan yang boleh diterima dan dibanggakan sebagai ahli sukan.

“Kami sangat berdisiplin dan aktif dengan bola. Kami menunjukkan keberanian dan dari situ kami memperagakan kualiti kami. Ini adalah cara yang betul untuk melakukannya. Jika kami mempunyai usaha seperti ini, kami adalah pasukan istimewa,” tambah Tuchel.

Terdahulu, Tuchel mengkritik prestasi pasukannya pada suku akhir pertama, apabila Real mendominasi di Stamford Bridge dan menang 3-1.



Dia kemudian berkata misi untuk bangkit semula adalah mustahil dan menuntut pemainnya beraksi di Madrid dengan sikap berbeza.

REUTERS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button