Apandi Ali ‘menang’ lawan Mahathir

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali bersetuju dengan menyelesaikan tuntutan saman terhadap Tun Mahathir dan Kerajaan Malaysia.

‘Kemenangan’ Apandi memberi pukulan terhadap keputusan yang dilakukan Mahathir ketika menamatkan khidmat selaku Peguam Negara pada 2018.



Sebelum itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah meminta Apandi meletakkan jawatan secara terhormat bagi mengelakkan tindakan lanjut diambil keatasnya.

 

 



Rujukan – https://m.malaysiakini.com/news/427213?msclkid=1dd1155dbb9411ec8f3e8e46e06ac660

Bagaimanapun butiran syarat penyelesaian tidak didedahkan menurut peguam Apandi, Datuk Baljit Singh.

Apandi memfailkan saman meminta pengisytiharan bahawa penamatan khidmatnya sebagai Peguam Negara oleh Dr Mahathir pada 2018 dilakukan secara salah.

Sebelum dilantik sebagai Peguam Negara pada 2015, Tan Sri Apandi Ali merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan.



Mohamed Apandi memohon ganti rugi khas RM2,233,599.36, ganti rugi am dan teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Jelas kini, apa yang dilakukan Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan adalah salah.

 



 

Rujukan Mahathir pecat Apandi – https://www.ohinfokini.com/peguam-negara-dipecat/?msclkid=7bdd5f9abb9411ec9f601c5e7c25ae3d

Yang menanggung kesalahan dilakukan Mahathir adalah kerajaan manakala bekas Perdana Menteri itu tidak perlu mengeluarkan sesen pun wang beliau sendiri. 

Tidak ubah seperti ‘kuku besi’,jelas sekali apa yang dilakukan Mahathir ketika berkuasa ialah mahu semua pihak ‘tunduk’ kepada apa sahaja arahan beliau atau berdepan dengan tindakan.



 

 

Rujukan Mahathir bertindak kejam terhadap ‘musuh’ politik



– https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/11/496253/saya-suruh-zahid-bubar-umno-dr-mahathir?msclkid=f5abe15abb9711ec968910cd36463bb2

Itulah yang dilakukan Mahathir terhadap sesiapa sahaja yang difikirkannya sebagai ‘musuh’.

Ini termasuk beberapa pemimpin politik yang dihadapkan ke Mahkamah hanya kerana enggan akur dengan perintah Mahathir.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button