BIMB nafi guna pihak ketiga jual saham

Kuala Lumpur: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) mengesan sebuah laman sesawang berkaitan pelaburan saham yang menggunakan logo seakan logo rasmi BIMB untuk menipu orang ramai bagi melabur dalam saham.

Bank itu dalam kenyataan memaklumkan, BIMB tidak mempunyai sebarang kaitan dengan laman sesawang berkenaan dan tidak akan menggunakan kaedah atau platform pelaburan seperti itu untuk meraih pelaburan orang ramai ke dalam saham.

Menurutnya, pelanggan dan orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan tidak terpedaya dengan mana-mana laman sesawang atau akaun sosial media palsu yang menggunakan logo dan maklumat korporat BIMB.

“Pelanggan juga dinasihati untuk merujuk dan menggunakan platform rasmi BIMB untuk sebarang urusan.



“Kami mengingatkan orang ramai yang ingin membeli saham BIMB agar anda berurusan dengan syarikat pembroker saham yang berlesen seperti yang disenaraikan di Bursa Malaysia sebagaimana pautan berikut: https://www.bursamalaysia.com/trade/trading_resources/brokers_for_equiti… ticipating_organisations,” katanya hari ini.

Katanya, orang ramai perlu sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan taktik penipuan melalui telefon atau Macau Scam di yang menyamar sebagai pihak berkuasa kawal selia.

Katanya, mereka yang menerima panggilan yang meragukan seperti itu adalah dinasihatkan untuk putuskan panggilan serta merta dan tidak sesekali mengikut arahan orang yang tidak dikenali untuk melakukan sebarang transaksi perbankan.

“Kami mengingatkan pelanggan dan orang ramai agar tidak sesekali memberi butiran maklumat diri serta nama pengenalan (ID), nombor akaun, nombor kad kredit atau debit, kata laluan, kod i-Akses kepada mana-mana pihak.



“BIMB tidak akan meminta butiran peribadi pelanggan atau mengarahkan membuat sebarang deposit atau pembayaran melalui platform atau laman sesawang atau pautan pihak ketiga.

“Sekiranya anda menerima panggilan itu, hubungi segera Pusat Respon Penipuan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di talian 03-2610 1559 atau 03-2610 1599 untuk bantuan lanjut,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker