Johor umum bantuan rakyat sempena Aidilfitri

Iskandar Puteri: Kerajaan Johor mengumumkan insentif khas Bantuan Kasih Bangsa Johor (BKBJ) membabitkan peruntukan RM144.36 juta, yang bakal disalurkan menjelang Aidilfitri ini.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, insentif BKBJ itu bakal memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat Johor.

Katanya, ia sebagai tanda penghargaan dan kasih kerajaan negeri kepada semua rakyat Johor di samping menyedari masih ramai rakyat memerlukan bantuan dan sokongan.

“Bantuan Kasih Bangsa Johor (BKBJ) ini merangkumi lima kategori utama, iaitu Kemasyarakatan, Kebajikan, Orang Muda Johor, Pendidikan dan Ekonomi serta merangkumi 28 inisiatif.

“Menerusi kategori pertama iaitu Kemasyarakatan contohnya, sebanyak lapan inisiatif digariskan membabitkan dana berjumlah RM34.16 juta.

“Ia membabitkan bantuan Beras Bangsa Johor dengan setiap rumah dinegeri ini akan menerima bantuan beras sebanyak 10 kilogram kepada 903,000 ketua isi rumah penduduk Johor.

“Bantuan RM300 juga akan diberi kepada 11,790 pekerja GIG, pemandu teksi, e-hailing dan penghantar makanan, 2,400 pemandu bas awam dan bas ekspres, 11,267 nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pengumuman yang dilakukan di Bangunan Datuk Jaafar Muhammad, di sini, hari ini.

Selain itu, Onn Hafiz berkata, bantuan imarah masjid dan surau sebanyak RM500 juga akan 4,590 imam, bilal dan noja dari masjid dan surau kariah serta penggerak masjid dan penyedia al-Quran.

Katanya, bantuan RM500 juga akan disalurkan kepada seramai 627 ketua kampung.

“Bantuan geran sebanyak RM120,000 kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Johor dan Persatuan Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Johor,” katanya.

Beliau berkata, antara bantuan lain termasuk bantuan khas Aidilfitri RM400 akan disumbangkan kepada fakir manakala RM300 kepada golongan miskin.

“Selain itu, setiap pusat jagaan warga emas dan anak yatim di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima Bantuan geran RM10,000.

“Initiatif Anak Johor Prihatin – Bantuan akan diberikan kepada anak yang menjadi yatim kerana Covid-19, initiatif akan memberi manfaat kepada 1,825 penerima.

“Inisiatif i-Berkat pula akan membantu 1,600 golongan B40, warga emas dan OKU dengan penerima boleh membeli barang keperluan seperti pesakit kronik dan terlantar,” katanya.

Antara inisiatif lain:

• Pengecualian sewa rumah PPR bagi kepada 11,511

• Pengecualian sewa rumah Kerajaan bagi tahun 2022 kepada 3,020 penyewa

• Bantuan Raja Sehari RM1,000 akan diberikan kepada setiap Pasangan Bangsa Johor yang pertama kali berkahwin, dengan pendapatan bersama RM5,000 ke bawah.

• Bantuan khas persekolahan RM150 kepada 123,361 pelajar sekolah rendah

• Bantuan Mahasiswa IPTA/IPTS sebanyak RM500 untuk Diploma dan RM 1000 untuk Ijazah.

• Biasiswa Bangsa Johor untuk membiayai yuran pelajar di peringkat diploma dan ijazah sarjana di Kolej Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor.

METRO

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker