Kerusi plastik Hamilton duduk dijual hampir RM3,000

London: Kerusi plastik yang menjadi pilihan juara dunia tujuh kali Formula Satu, Lewis Hamilton dijual lebih £500 (RM2,773).

Bintang pasukan Mercedes duduk di kerusi itu di sebuah stesen minyak di Malaysia.

Hamilton berada di negara terbabit bersama rakan sepasukan, George Russell bagi menyertai ‘Petronas Welcome Home Programme’ di Kuala Lumpur.

Ketika di stesen minyak, Hamilton duduk sebentar di atas kerusi plastik berhampiran salah satu pam minyak yang kemudiannya berjaya dijual dalam talian dengan harga mencecah £525 (RM2,912.)

Penjualnya menyenaraikan barang itu sebagai ‘kerusi menjadi tempat rehat pelumba F1 Lewis Hamilton’ (Barang sukar ditemui) malah ia turut dibalut bagi memelihara kesan ditinggalkan Hamilton.

METRO

Leave a Reply