Klopp lega Liverpool mara

Liverpool: Jurgen Klopp mengakui dia lega Liverpool mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Villarreal selepas misi memburu empat trofi itu hampir musnah apabila seri 3-3 dengan Benfica awal pagi tadi.

Skuad Klopp berkelebihan ke saingan empat terakhir selepas menang 3-1 pada peringkat pertama suku akhir di Lisbon.

Mereka menguasai perlawanan kedua di Anfield yang mendebarkan susulan aksi longgar pada lewat permainan sebelum mara dengan agregat 6-4.



Ibrahima Konate meletakkan Liverpool di depan sebelum Goncalo Ramos menyamakan kedudukan pada lewat babak pertama.

Selepas Roberto Firmino meledak dua kali selepas rehat, kemenangan tampak memihak tuan rumah namun dua jaringan Roman Yaremchuk dan Darwin Nunez menyalakan impian Benfica sebelum Liverpool menamatkan kebangkitan mereka.

“Jika saya tidak gembira ke separuh akhir Liga Juara-Juara mungkin ada sesuatu yang tak kena dan mungkin saya perlu meletak jawatan!” kata Klopp.

“Situasi ini ialah barisan pertahanan tidak pernah beraksi bersama dan ia mengenai tumpuan 100 peratus.



“Kami mendahului agregat 6-2. Pemain adalah manusia, mereka seperti ‘OK, misi selesai’. Tetapi Benfica terus mengasak dan saya hormati mereka.

“Ia bukan yang kami mahu tetapi sudah tentu tidak penting. Kami mara dan itu yang penting. Saya sangat gembira.”

The Reds akan berdepan kelab Sepanyol, Villarreal pada separuh akhir untuk mengintai final ke-10 Liga Juara-Juara dan memburu trofi ketujuh kejohanan itu.

Walaupun Villarreal mengejutkan Bayern Munich dan Juventus pada dua pusingan terakhir, Liverpool kekal menjadi pilihan untuk mara ke final ketiga Liga Juara-Juara dalam lima musim terakhir.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button