Rafizi Ramli bukan pilihan Anwar Ibrahim

Jangan terkejut jika Rafizi Ramli bukan calon pilihan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Presiden PKR. Bekas ahli parlimen Ampang itu telah menyatakan persaraan beliau dari dunia politik pada 2019.

Sebelum itu Rafizi kalah dalam perebutan jawatan yang sama di tangan Azmin Ali.

Bagi pemerhati politik, Rafizi tidak lagi relevan dalam politik Malaysia memandangkan penipuan beliau telah di’telanjang’kan dalam Dewan Parlimen berhubung sebentuk cincin.

Untuk nampak gagah sebagai bekalan kembali ke arena politik PKR, Rafizi memilih berkonfrantasi dengan Najib Razak.

BACA SINI

Konfrantasi tersebut turut mengheret Anwar Ibrahim menyebabkan Presiden PKR itu ‘meroyan’ menanti masa untuk berdebat dengan Najib.

Berbeza dengan pendekatan Saifuddin Nasution Ismail yang lebih ‘gentleman’ dalam mencampuri isu politik negara, Rafizi menampilkan sisi rakusnya.

Anwar pula telah menyuarakan kata-kata sindiran dipercayai ditujukan kepada Rafizi baru-baru ini walau tidak menyebut nama siapa yang dimaksudkan.

Mungkin juga Rafizi menjadi antara punca Nurul Izzah enggan bertanding merebut jawatan kerana tidak mahu sama taraf dengan seorang pengecut.

Apa kelayakan Rafizi untuk mendapat tempat sebagai Timbalan Presiden kepada Anwar Ibrahim? Meninggalkan parti ketika khidmat diperlukan dan kemudian muncul semula dengan ‘formula’ baru yang bertaraf ‘longkang’?

Beliau juga tidak membantu parti ketika diperlukan dalam 2 PRN yang menyaksikan kekalahan teruk PKR.

Pada ketika itu dimanakah Rafizi?

Anwar Ibrahim tergugat dengan kemunculan Rafizi?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker