Ronaldo ‘ada kuasa’ tentukan pengurus United

LONDON: Cristiano Ronaldo dilaporkan menentang hasrat Manchester United untuk melantik Antonio Conte sebagai pengurus.

Conte, 52, pernah difikirkan antara calon untuk menggantikan Ole Gunnar Solskjaer sebelum pengurus dari Norway itu dipecat pada November.

Majlis kelab mengambil keputusan bahawa pengendali dari Itali itu tidak sesuai mengambil alih tugasan di Old Trafford selepas mendengar pandangan Ronaldo.

Menurut Manchester Evening News, pendapat Ronaldo mengenai pelantikan Conte diberitahu kepada ahli majlis kelab.

Selain Conte yang dicadangkan bagi menggantikan Solskjaer, bekas pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane juga dipertimbangkan.

Bagaimanapun nama jurulatih itu didakwa hanya dikaitkan untuk menyedapkan hati Ronaldo.

CR7 melalui karier penuh kejayaan di bawah Zidane apabila menang La Liga dan Liga Juara-Juara sebanyak tiga kali.

Ronaldo bagaimanapun tidak perlu bimbang mengenai ketibaan Conte apabila dia akhirnya dilantik oleh Tottenham.

Kini United dikatakan semakin hampir melantik pengurus baharu – Erik ten Hag.

Bos Ajax itu dikatakan sudah bersetuju secara lisan untuk mengambil alih jawatan daripada Ralf Rangnick pada penghujung musim.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker