Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut VIshu

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Vishu kepada masyarakat Malayalee di negara ini.

Dalam catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar masyarakat berkenaan dilimpahi keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan.

“Semoga perayaan ini membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat Malayalee di Malaysia,” menurut catatan itu.



Perayaan itu disambut pada hari ini.

Seri Paduka berdua turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Good Friday dan Easter kepada penganut agama Kristian di negara ini menerusi catatan di Facebook Istana Negara.

Harapan turut dizahirkan agar sambutan ini dipenuhi kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan kepada semua yang menyambutnya.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button