Anwar sifatkan Saifuddin Menteri lembab

 

Presiden PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim mengkritik Menteri Luar, Dato Sri Saifuddin Abdullah sebagai menteri lembab berikutan insiden memalukan di UAE.

“pengalaman saya belasan tahun belum pernah kita dengar lawatan rasmi Perdana Menteri  tidak disambut oleh negara yang mengundangnya”

“menteri luar harus dipertanggungjawap, jangan dipersalahkan duta besar atau pegawai”

 

 

Anwar juga mahu Menteri Luar membuat kenyataan dan mengambil tanggungjawap atas kelemahan beliau dalam hubungan diplomatik negara luar.



Dalam insiden tersebut, kehadiran Perdana Menteri tidak mendapat sambutan rasmi dan telah menjadi bualan hangat dalam media sosial Malaysia. 

Rentetan insiden tersebut, dua diplomat dipanggil balik atas alasan gagal menyelaraskan lawatan Ismail Sabri.

Dalam pada itu tular satu klip rakaman suara dipercayai pegawai di Wisma Putra menyatakan kegusaran prestasi Menteri Luar.

Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menyifatkan tindakan sedemikian ke atas diplomat kanan negara akan menimbulkan imej tidak baik terhadap Malaysia secara keseluruhannya.



Dalam rakaman tersebut, pegawai telah mendedahkan Malaysia tidak mempunyai wakil di 30 buah negara. 

Jelas sekali, prestasi Saifuddin selaku Menteri Luar tidak begitu memberangsangkan dan beliau sendiri sebenarnya tidak berkeupayaan untuk menjalankan tugas kerana masalah kesihatan.

Sewajarnya Saifuddin mengambil tangunggjawap dan meletakkan jawatan atas insiden yang memalukan negara.

Malaysia tiada Duta atau wakil di 30 negara?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker