3 beradik termasuk budak 4 tahun maut nahas tiga kenderaan

LAHAD DATU: Tiga beradik termasuk kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Bekapit, Jalan Tungku, malam tadi.

Dalam kejadian 7 malam, mangsa Ellaine Sappari, 4, kakak serta abangnya, Isang, 39, dan Amil, 45, yang menaiki motosikal Honda Wave disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 7.02 malam.

Lima pegawai dan anggota bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke lokasi.

“Kemalangan membabitkan lapan mangsa daripada tiga kenderaan iaitu motosikal Honda Wave, Mitsubishi Triton dan Isuzu D Max.

“Tiga mangsa yang menaiki motosikal disahkan meninggal dunia, manakala lima lagi mangsa daripada dua kenderaan tidak cedera,” katanya dalam kenyataan.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker