Kemalangan ngeri, penunggang motorsikal cedera parah
Kemalangan ngeri melibatkan dua buah motorsikal dan sebuah SUV Range Rover menyebabkan 2 penunggang cedera parah.
Kejadian berlaku di persimpangan Cemerlang Heights, Taman Melati Kuala Lumpur sekitar jam 9.45 malam ini.
Mangsa yang parah telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala pemandu SUV tidak mengalami kecederaan.