PAS menyambut baik keputusan MKT UMNO

KUALA LUMPUR: PAS berharap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dinamakan sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dapat meneruskan agenda perpaduan yang dipeloporinya.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata parti itu juga menyambut baik keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkenaan yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Ia terbukti berjaya mewujudkan kestabilan dan iklim politik yang baik serta harmoni di negara ini.



“Pendekatan ini pastinya akan terus disokong semua pihak atas dasar bipartisan demi kebaikan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MKT UMNO semalam, sebulat suara memutuskan untuk Ismail Sabri menjadi calon Perdana Menteri pada PRU-15.

Majlis itu turut memutuskan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) yang berakhir 31 Julai depan tidak akan diteruskan lagi.

Selain itu, UMNO juga berpendirian, pembentangan Akta Antilompat Parti perlu diteruskan dan disokong untuk diluluskan tanpa berkompromi dengan gesaan mana-mana pihak.



Takiyuddin berkata, PAS yakin MoU berkenaan yang secara umumnya terpakai sehingga pembubaran Parlimen akan terus membantu proses pemulihan negara di bawah kepemimpinan Ismail Sabri dalam semua aspek termasuk kesihatan, ekonomi, sosial dan kehidupan rakyat.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button