12 Mei Tarikh Debat Najib & Anwar

Akhirnya Tarikh Debat Najib & Anwar Di Tetapkan

Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil, dan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, mengumumkan 12 Mei 2022 sebagai tarikh debat antara DS Najib dan Anwar Ibrahim.

Debat tersebut akan berlangsung pada jam sembilan malam di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM).

Ia akan merangkumi tiga segmen, iaitu isu Sapura Energy, hala tuju negara dan sesi soal dan jawab.

Dengan pengumuman itu, maka teka teki debat tersebut hanya polemik politik kini terjawab.

Edisi Siasat berharap agar pihak media dibenarkan untuk membuat liputan.

Rakyat melihat tujuan sesi debat bukan untuk mencari tokoh debat negara.

Tetapi untuk rakyat dapatkan pencerahan mengenai isu Sapura Energy dan yang paling penting mengenai hala tuju negara.

Agak pelik bila nama Rafizi tidak disebut dalam sesi debat tersebut.

Tak baik tau, kesian Rafizi…😂😂😂

 

Akhirnya Tarikh Debat Najib & Anwar Di Tetapkan

edisisiasat.online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker