Kartel Azmin VS Homeboys Hamzah

Krisis Memuncak, Azmin Bersengketa Dengan Hamzah

Azmin Ali VS Hamzah Zainuddin

Tujuan Azmin Ali dan geng kartel PKR diajak melompat ke dalam PPBM adalah untuk perkukuhkan PPBM dalam PN.

Muhyiddin mahu supaya PPBM menjadi parti dominan dalam PN dan juga kerajaan.

Apa yang dihajati Muhyiddin berjaya dan PPBM sememangnya menjadi parti dominan dalam PN dan juga kerajaan.

Tetapi setiap sesuatu yang dilakukan itu ada harga yang perlu dibayar.

Kemasukan Azmin dan kartel PKR ke dalam PPBM telah menimbulkan perpecahan dan perang dingin sesama mereka.

Masing-masing cuba memperkukuhkan pengaruh kumpulan masing-masing di dalam PPBM.

Kartel Azmin dilapurkan tidak disenangi oleh kem Hamzah Zainuddin.

Sejak dari Kerajaan Perikatan Nasional, Hamzah dikatakan sudah merasa tidak senang dengan layanan istimewa Muhyiddin terhadap Azmin.

Hamzah kecewa apabila Azmin yang baru melompat dari PKR diberikan jawatan menteri kanan paling kanan oleh Muhyiddin.

Hamzah merasakan sebagai Setiausaha Agung PPBM, sepatutnya beliau mendapat jawatan tersebut.

Kem Hamzah memainkan lagu kerana kegagalan Azmin dalam PN telah membuatkan PN terpalit sama.

Kartel Azmin pula, walau pun mempunyai ramai Ahli Parlimen tetapi tidak mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi PPBM.

Tekanan demi tekanan diberikan oleh kem Hamzah membuatkan kartel Azmin menyediakan platfom baharu.

Lalu ditubuhkan Parti Bangsa Melayu dan sekiranya keadaan bertambah buruk, kartel Azmin akan melompat ke PBM bila bila masa.

Muhyiddin pula dilihat sudah hilang upaya untuk mengawal perbalahan antara Hamzah dan Azmin.

Malah sudah ada suara desakan dari PPBM sendiri supaya Muhyiddin berundur akibat dari kekalahan memalukan di PRN Melaka dan Johor.

Memburukkan keadaan, Muhyiddin dilihat tidak memperdulikan masalah dalaman PPBM.

Tetapi beliau lebih sibuk meminta sokongan parti lain supaya dilantik semula sebagai PM dengan menjatuhkan Kerajaan Ismail Sabri.

Apakah benar ramalan pemerhati politik bahawa kemelut dalaman PPBM ini akan menguburkan PPBM selepas PRU 15 nanti?

edisisiasat.online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker