Pemandu pikap ditahan isi diesel 400 liter



GUA MUSANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menahan seorang lelaki ketika mengisi diesel melebihi had dibenarkan di sebuah stesen minyak di sini, semalam.

Lelaki berusia 50-an itu mengisi diesel ke dalam dua tong drum ditempatkan di belakang kenderaan melebihi had dibenarkan iaitu sebanyak 200 liter pda jam 8.45 pagi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Gua Musang, Mohd Koma Shapii, berkata tangkapan itu dilakukan susulan pihaknya mendapat maklumat awam berkaitan kegiatan membeli minyak bersubsidi untuk tujuan lain selain kegunaan sendiri.

“Pemeriksaan awal mendapati pemandu berkenaan sudah membuat pengisian diesel lebih kurang 400 liter.



“Susulan tangkapan itu, pihaknya turut menyita 400 liter diesel untuk siasatan dengan nilai sitaan keseluruhan dianggarkan RM15,000.

“Stesen minyak berkaitan juga disiasat bagi memastikan tiada elemen ‘bersubahat’ dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, lelaki berkenaan disiasat mengikut Akta Kawalan 1961, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga tidak lebih dari RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali.

“Pihak KPDNHEP sentiasa komited dalam membanteras unsur penyelewengan dan ketirisan bahan api bersubsidi dan tidak akan berkompromi jika didapati ada kalangan peniaga atau individu melakukan kesalahan berkaitan,” katanya.



BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker