4 peguam pemerhati dilantik TMJ hadir mahkamah

Guna dokumen palsu dapatkan tender, usahawan didenda RM24,000

Kuala Lumpur: Empat peguam pemerhati yang dilantik Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim hadir di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini untuk perbicaraan berkaitan remaja perempuan sindrom down Bella.

Empat peguam berkenaan adalah Datuk Baljit Singh Sidhu, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman.

Khairul Anwar berkata, pihaknya menjadi peguam pemerhati kes anakanda Bella yang dicadangkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan dipersetujui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Terdahulu TMJ di Instagram rasminya memaklumkan sudah menghubungi peguamnya serta akan berhubung dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun bagi menawarkan perkhidmatan peguam secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati bagi pihak kementerian berhubung kes penderaan remaja berkenaan.



Titah TMJ itu selepas isterinya, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam berkongsi pendiriannya di laman sama bagi membantu menuntut keadilan buat remaja perempuan itu.

Kisah Bella, 13, yang didakwa didera dan diabaikan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31, mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia dan prosiding mahkamah berkaitan kes berkenaan masih berjalan.

Siti Bainun didakwa atas dua pertuduhan iaitu mengabaikan dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker