4 wanita ditahan terbabit aktiviti persundalan

Taiping: Empat wanita warga asing ditahan polis di sebuah premis di Kampung Jambu, di sini, Isnin lalu, kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti persundalan di daerah Taiping.

Berdasarkan kenyataan di Facebook rasmi Polis Daerah Taiping, polis turut merampas peralatan yang digunakan untuk kegiatan pelacuran seperti minyak urut, tuala, kondom, wang tunai dan resit bayaran.

Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping untuk tindakan lanjut.



Kes disiasat di bawah Seksyen 372A dan 372B Kanun Keseksaan, serta Seksyen 55(b) dan Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1959/63.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button