Saifuddin “belasah” Rafizi dan kumpulan pengkhianat

 

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dalam satu rakaman telah “membelasah” Rafizi dan kumpulan pengkhianat parti.



Dalam rakaman tersebut, Saifuddin mengakui PKR terpukul teruk akibat gerakan pengkhianat yang meninggalkan parti ketika diperlukan.

Natijah yang dihadapi PKR ketika itu, mereka kehilangan Timbalan Presiden dan 4 Naib Presiden serta ada cabang berisiko dibatalkan pendaftaran.

Beliau merujuk kepada pemilihan parti yang akan datang dan mengingatkan ahli PKR untuk tidak keterlaluan menyerang sesama sendiri.

Dalam ceramah tersebut, Saifuddin juga menyatakan Rafizi dan Nurul Izzah telah memilih untuk ‘bercuti’ dari sebarang kerja parti.



Oleh demikian, Presiden PKR tidak mempunyai pilihan melainkan mengarahkan beliau selaku Setiausaha Agung untuk membaikpulih parti.

Secara sinis Saifuddin menyindir Rafizi yang secara tiba-tiba memilih ‘bersara’ dari politik selepas kalah di tangan Azmin Ali untuk jawatan Timbalan Presiden.

Agak pelik apabila Rafizi memilih untuk tidak aktif, Izzah pula menuruti langkah Rafizi sedangkan semua tahu Izzah merupakan antara tenaga kuat PKR.



Tidakkan ini mendatangkan curiga dalam PKR itu sendiri apabila kini Rafizi muncul kembali dan aktif semula dalam politik? Beliau juga mahu bertanding Timbalan Presiden dalam pemilihan kali ini.

Sebaik timbul, Rafizi salah memilih lawan hanya kerana mahu cepat popular. Kini dikhabarkan Rafizi berdepan dengan tindakan saman dari sebuah syarikat kerana sikap gelojohnya sendiri.

Saifuddin yang sebelum ini banyak berdiam diri sudah memulakan langkah untuk menampakkan kredibilti beliau sebagai seorang yang boleh diharapkan parti.

Anwar Ibrahim juga dikatakan memilih untuk bergandingan dengan Saifuddin sebagai Timbalannya berbanding Rafizi.



Pemilihan PKR kali ini penuh warna warni dengan pelbagai isu termasuk kelemahan Presiden yang dinilai dalam 2 PRN lepas. PKR kalah dengan ‘bergaya’ dalam 2 PRN dan menyebabkan kepercayaan terhadap ‘aura’ Anwar semakin terhakis.

Untuk mengembalikan kegemilangan Anwar seperti zaman ‘Reformasi’, beliau memerlukan sebuah pasukan yang kuat dan kekal setia kepada parti tanpa memikirkan laba sekiranya ditawarkan pihak lain untuk melompat parti.

Rafizi dijangka kalah teruk di tangan Saifuddin

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button