2 beradik maut kebakaran rumah kedai



SERI ISKANDAR: Dua beradik membabitkan kanak-kanak dan bayi, maut dalam insiden kebakaran sebuah rumah kedai di Bandar Seri Iskandar, di sini, hari ini.

Dalam tragedi kira-kira jam 5 pagi itu, Muhammad Fahmi Mohd Fazlan Nizam, 4, dan adiknya, Nor Fahmia berusia tujuh bulan, meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika dua beradik terbabit berada di tingkat dua bangunan itu, sementara ibu bapa mereka sedang bersahur di tingkat bawah.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso, berkata kedua-dua mangsa terperangkap dalam sebuah bilik di rumah kedai itu ketika kebakaran.



“Bagaimanapun, dua beradik itu berjaya dibawa keluar oleh anggota bomba dan hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan kebakaran nyata pada tubuh badan mereka.

“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika dibawa ke Hospital Changkat Melintang untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Barudin berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati lokasi kebakaran adalah bangunan kedai makan tiga tingkat.

Katanya, tingkat bawah premis itu menempatkan sebuah restoran tomyam, manakala tingkat dua dijadikan tempat tinggal pekerja dan tingkat tiga pula kosong.



Beliau berkata, kebakaran berlaku di tingkat dua yang dilengkapi dua bilik yang menjadi tempat tinggal pekerja kedai.

“Ketika kejadian, hanya dua kanak-kanak itu berada di tingkat dua, manakala ibu bapa bersama pekerja lain sedang bersahur di tingkat bawah.

“Kedua-dua mangsa adalah anak kepada pemilik restoran itu. Bedah siasat akan dijalankan bagi mengesahkan punca kematian mangsa,” katanya.

BHOnline





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker