Air Bandung Laici Cincau Sedap Untuk Berbuka



Sedapnya kalau berbuka nanti dapat minum air sejuk yang menyegarkan tekak seperti Air Bandung Laici Cincau. Setelah seharian menahan dahaga, tambah lagi dalam cuaca Malaysia yang panas.

Mudah saja nak buat air ni, anda semua wajib cuba untuk berbuka nanti! Resipi di bawah merupakan hasil perkongsian oleh saudara Ben Safwan di laman sosial Facebook miliknya. Selamat mencuba!

RESIPI AIR BANDUNG LAICI CINCAU

Bahan-bahan:

  • Laici 1 tin l
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 3 sudu makan kacang tanah tumbuk
  • 3 1/2 sudu makan sirap cap rose
  • 1 sudu makan biji selasih
  • 5-6 biji kurma merah
  • 50-60 gram cincau hitam

Cara-cara:

1. Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau

2. Masukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati dan tambah semua bahan. Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais.



3. Tak perlu tambah air kosong. Kalau anda suka air soda, boleh tambahkan juga.

myresipi

Ben Safwan



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker