Karya Monet terjual RM347 juta

Karya Monet terjual RM347 juta

Karya Monet terjual RM347 juta
LUKISAN ‘Le bassin aux nympheas’ karya Claude Monet. FOTO Sotheby’s.

New York: Lukisan teratai air karya pelukis gaya impresionisme Perancis, Claude Monet antara karya menarik dijual pada harga AS$74 juta (RM347.25 juta) dalam acara lelongan pada musim luruh ini.

Lukisan ‘Le bassin aux nympheas’ itu mendahului unjuran harga jualan AS$65 juta (kira-kira RM305.01 juta) dalam acara lelong Christie di New York, malam Khamis lalu.

Jualan lukisan terkenal lain termasuk pelukis ekspresionis abad ke-20, Richard Diebenkorn iaitu Recollections of a Visit to Leningrad yang dijual pada harga AS$46 juta (RM215.85 juta), manakala Untitled karya pelukis Amerika Syarikat, Joan Mitchell dijual pada harga AS$29 juta (RM136.08 juta).



Tiga lukisan karya Paul Cezanne dijual termasuk Fruits et pot de gingembre dengan harga hampir AS$39 juta (RM183.01 juta).

Rabu lalu, lukisan Woman with a Watch karya Pablo Picasso memperoleh AS$139.3 juta (RM653.67 juta), harga kedua tertinggi yang pernah dicapai untuk artis itu.

Femme a la montre, lukisan dihasilkan pada 1932 yang menggambarkan salah seorang sahabat dan muse artis Sepanyol itu iaitu pelukis Perancis Marie-Therese Walter, bernilai lebih AS$120 juta (RM563.10 juta) sebelum masuk dalam senarai Sotheby’s.

Setakat ini, acara lelongan musim luruh yang bermula Selasa dan berakhir Rabu depan itu meraih nilai jualan AS$748 juta (RM3.509 bilion) di rumah lelongan Christie’s dan lebih AS$400 juta (RM1.877 bilion) di rumah lelongan Sotheby’s.



Karya Monet terjual RM347 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button