Bekas KSN Tan Sri Dr Ali Hamsa meninggal dunia

KUALA LUMPUR 13 OCOTBER 2016. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa. NSTP/MUHD ZAABA ZAKERIA

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, meninggal dunia hari ini ketika menerima rawatan di Hospital Dublin, Ireland.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata pemergian Allahyarham pada Ramadan yang mulia adalah satu kehilangan besar kepada negara dan perkhidmatan awam.

“Mewakili seluruh warga Perkhidmatan Awam Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tan Sri Dr Ali Hamsa, yang kembali ke rahmatullah pada hari ini, 21 April 2022

bersamaan 19 Ramadan 1443H di Hospital Dublin, Ireland.

“Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

Mohd Zuki berkata, Allahyarham yang juga anak jati Johor dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-13 bermula 2012 hingga 2018.

Allahyarham menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 1981.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker