Elon Musk cari jalan ambil alih Twitter

New York: Ahli perniagaan jutawan, Elon Musk sedang mencari jalan untuk melabur sehingga AS$15 bilion (RM64.15 bilion) wangnya untuk menyah senarai Twitter daripada Bursa Saham New York dan mengambilnya secara peribadi untuk meneruskan matlamatnya menjadikan gergasi media sosial itu sebagai model kebebasan bersuara, lapor Sputnik yang memetik New York, daripada sumber yang diketahui.

Musk, yang dianggarkan oleh Forbes bernilai kira-kira AS$270 bilion (RM1.15 trilion), menjadikannya berpotensi sebagai orang terkaya di dunia, membeli 9.1 peratus kepentingan dalam Twitter untuk kira-kira AS$3 bilion dua minggu lalu dan diikuti dengan tawaran AS$43 bilion (RM184 bilion) untuk baki saham yang belum dimilikinya dalam perkhidmatan mikroblogging yang popular di dunia.

Walaupun dengankekayaannya, Musk nampaknya menghadapi kesukaran untuk mengumpul wang untuk perjanjian itu, menurut New York Post.

Ia berkata, ketua eksekutif bilionair pembuat kereta elektrik Tesla dan syarikat pengembaraan angkasa lepas Space X itu merancang untuk melancarkan tawaran tender dalam masa kira-kira 10 hari apabila bank Morgan Stanley boleh meningkatkan lagi hutang AS$10 bilion.

Beberapa firma ekuiti swasta juga kelihatan berminat untuk mengambil bahagian dalam perjanjian untuk Twitter, kata New York Post.

Musk mengisytiharkan pada Isnin bahawa dia tidak akan mengambil sesen pun gaji jika dilantik ke lembaga pengarah Twitter, secara tidak rasmi melonjakkan tawaran pengambilalihannya.

Putera Saudi Alwaleed bin Talal, pemegang saham besar dalam Twitter, menyifatkan tawaran Musk sebanyak AS$54.20 untuk saham syarikat itu berbanding harga dagangan Selasa sekitar AS$46.50, sebagai di bawah nilai sebenar.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker