Ini Kebaikan Kacang Soya Yang Ramai Tak Tahu

Kacang soya semestinya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Tahukah anda kacang soya yang penuh dengan nutrisi dan khasiat memberi pelbagai manfaat untuk kesihatan badan.

Kacang soya boleh dijumpai dalam pelbagai bentuk seperti kicap, tauhu, tempe, taufufa, susu soya, tepung soya dan sebagainya. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu ambil tahu khasiat soya yang boleh membekalkan kita dengan pelbagai nutrisi.

Pernah dengar tak orang-orang tua dulu kata yang ibu mengandung boleh dapatkan anak yang berkulit cerah kalau ibu mereka mengamalkan soya? Walaupun bunyinya macam menarik, namun itu bukanlah kebaikkan kacang soya.

Kacang soya mengandungi kandungan protein yang tinggi namun tidak setinggi protein yang boleh didapati daripada haiwan. Kacang soya juga sesuai untuk pesakit diabetes kerana mempunyai GI (glycemic index) yang rendah untuk kandungan karbohidrat. Secara tidak langsung menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat dengan perlahan dan sedikit.



Pengambilan soya semasa bulan Ramadan terutamanya bersahur dapat memberikan tenaga dan menyokong kesihatan. Antara manfaat yang boleh dapat dari soya adalah:

1. Membantu membaiki dan memperbaharui sel dan tisu badan.

2. Membantu bina otot.

4. Membantu menyokong sistem imuniti badan.



5. Membantu dalam penghasilan hormon badan.

6. Salah satu sumber tenaga.

Seperti yang dijelaskan, kacang soya merupakan sumber protein dan mampu membuat anda berasa kenyang. Jadi anda akan cenderung untuk mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan tinggi karbohidrat.

Jadi, sangat sesuailah diambil semasa bulan puasa.

Sumber: Facebook KKMhellodoktor

siraplimau

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker