Parlimen wajar dibubarkan akhir Julai
Menjelang Julai 2022, pembubaran parlimen merupakan wajar dipertimbangkan bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk bagi mengembalikan keyakinan rakyat.
Dengan tempoh MoU antara kerajaan sediada dan pembangkang yang semakin menuju garis penamat, tiada alasan untuk memanjangkan lagi tempoh perjanjian.
Bagi menghadapi keadaan ekonomi yang dijangkakan semakin mencabar pada 2023, kerajaan yang mendapat sokongan rakyat perlu dibentuk. Ini bagi memberi keyakinan kepada pelabur asing yang Malaysia sudah bersedia untuk pelaburan berskala mega.
Mungkin pada pandangan sesetengah pihak tempoh penggal Parlimen perlu dilengkapkan sehingga habis tempoh pada 2023 ianya tidak memberi sebarang kelebihan kepada mana-mana parti politik.
Penilaian rakyat untuk sebuah kerajaan yang stabil dan boleh memacu negara ke matlamat asal perancangan amat dipentingkan.
Mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan sangat penting untuk membina semula negara selepas huru-hara politik sejak 2018 – 2021.
Dengan pelbagai masalah menimpa rakyat, bagaimana sebuah kerajaan ‘campuran’ seperti sekarang mampu bertahan? Semua ini boleh dinilaikan sendiri rakyat apabila melihat bagaimana unsur ‘ugutan’ digunapakai setiap kali keputusan bercanggah.
APA GUNA JADI KERAJAAN TETAPI BOLEH DIUGUT-UGUT SUPAYA IKUT TELUNJUK?
Menggunakan MoU pembangkang dan kerajaan sebagai senjata politik, menggunakan ‘butang’ sebagai gambaran kelemahan kerajaan bukanlah langkah bijak ahli politik.
Mendedahkan percanggahan keputusan dan ketetapan dasar kerajaan juga mempengaruhi persepsi rakyat serta negara asing terhadap kemampuan Perdana Menteri.
Sekiranya Perdana Menteri sendiri ibarat ‘Mati telan emak, luah mati bapa’ dalam membuat keputusan, prejudis pemikiran rakyat tidak dapat dielakkan.
Apa sudahnya pandangan rakyat terhadap Perdana Menteri? Pasti pada mereka ada ‘tangan ghaib’ yang lebih berkuasa menentukan kemana hala tuju PM dalam pentadbiran.
Dengan pertambahan pola pengundi pada PRU15 kelak, semua parti politik tidak boleh mengelak daripada membuat penawaran menarik kepada rakyat untuk 5 atau 10 tahun tempoh memerintah. Apa tawaran yang boleh menarik perhatian anak muda yang bakal menguasai pola pengundi nanti?
PAKATAN HARAPAN & PERIKATAN NASIONAL GAGAL MEMENUHI ASPIRASI RAKYAT
Untuk memberi peluang kepada Pakatan Harapan kembali berkuasa sudah pasti tentangan hebat akan diberikan memandangkan KEGAGALAN PH sepanjang 22 bulan berkuasa.
Menariknya selepas kuasa beralih kepada Perikatan Nasional yang diterajui PPBM, KEGAGALAN masih diteruskan lagi. Ibarat acuan sama, bancuhan sama cuma berbeza warna sahaja mewarnai dunia politik Malaysia selepas peralihan kuasa terjadi dari PH ke PN.
Apa gunanya menjadi kerajaan tetapi tidak diyakini rakyat sendiri? Walau khabar yang ‘baik-baik’ disampaikan kepada rakyat, ianya banyak yang bersifat retorik politik sahaja.
Keyakinan rakyat kepada kerajaan sekarang semakin terhakis dan mereka memerlukan nafas baru sebagai sandaran untuk kembali bangkit selepas sekian lama ‘terseksa’.