Tangisan gelandangan ‘Ramadan’

Seremban: Masih ramai gelandangan yang berpeleseran dan tidur ‘bersepah’ di sekitar bandaraya ini ketika majoriti umat Islam meraikan malah Ramadan.

Penderitaan dan kepayahan hidup dilalui golongan berkenaan mendapat perhatian Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Bilal Muda yang bertindak turun padang malam tadi untuk menyalurkan sumbangan.

Pengerusi Bilal Muda Mohammad Alif Haikal Mohd Haris berkata, dia bersama beberapa rakannya mengambil inisiatif menyantuni gelandangan bagi meringankan beban golongan miskin itu.

“Program ini membabitkan lokasi sekitar Taman Tasik Seremban, bangunan kedai hinggalah ke Terminal One di sini, yang menjadi tumpuan gelandangan.



“Ini adalah hasil sumbangan orang ramai. Saya bersama pasukan ahli Bilal Muda membawakan sedikit makanan, baju baharu dan sedikit duit belanja untuk disumbangkan. Sekurang-kurangnya mereka tidak keseorangan dan lapar dahaga.

“Usaha ini dilakukan bertujuan memberikan semangat dan mengurangkan kesedihan. Ini kerana kebanyakan mereka mengalami masalah keluarga dan hilang tempat bergantung,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, kebanyakan gelandangan ditemui tidur beralaskan kotak kadbod.

“Apa yang membuatkan kami terharu apabila mereka berulang kali mengucapkan terima kasih malah ada yang secara spontan terus mengangkat tangan dan berdoa untuk kesejahteraan kami semua.



“Program seperti ini akan dijadikan program tahunan terutama menjelang hari raya untuk berkongsi rezeki di hari dan bulan yang baik ini,” ujarnya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker