Adakah Nazlan akan saman Raja Petra Kamarudin?

Raja Petra Kamarudin sekali lagi menggemparkan politik Malaysia dengan pendedahan panas menerusi portal Malaysia Today. Sehubungan itu Mohd Nazlan telah membuat laporan polis berkaitan dakwaan tersebut.

Menariknya mengapa Nazlan tidak mengambil tindakan menyaman Raja Petra sekiranya dakwaan yang dibuat itu hanya merosakkan intergriti Institusi Mahkamah serta kredibiliti beliau selaku Hakim?



Raja Petra dalam pada itu mendakwa pihak Polis telah selesai membuat siasatan terhadap Mohd Nazlan namun hasil siasatan masih belum didedahkan.

 

 

Sebagai rakyat Malaysia, kepercayaan penuh diberikan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut.



Institusi Kehakiman Malaysia perlu diletakkan di satu tempat yang tinggi dan dakwaan Raja Petra terhadap Nazlan agak membebankan Institusi sebenarnya.

Agak wajar untuk Mohd Nazlan mengambil tindakan ‘bercuti’ sehingga selesai siasatan terhadap dakwaan Raja Petra bagi mengelakkan sebarang prejudis terhadap Institusi Hakim Malaysia.

Nazlan juga ‘wajib’ mengambil tindakan menyaman Raja Petra jika beliau berada di pihak yang benar. Ini akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PDRM dan Institusi Kehakiman Negara.

Siapa akan siasat pendedahan Raja Petra?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button