Pemimpin PAS berdolak-dalik isu kerjasama PRU15

 

Isu kerjasama parti-parti politik menjelang PRU15 turut melibatkan PAS bilamana pemimpin mereka banyak berdolak-dalik mengenai arah tuju parti itu.

Sejakk menyertai Perikatan Nasional, PAS telah melupakan terus Muafakat Nasional kerana yakin dengan Muhyiddin Yassin.

Ahli PAS sendiri keliru dengan kenyataan pemimpin tertinggi mereka yang seringkali berubah dan tidak stabil. Perpecahan dalaman PAS turut menjadi sebahagian faktor yang mempengaruhi keputusan PAS meninggalkan Muafakat Nasional walau cuba dinafikan pemimpin PAS.

YAKIN DENGAN PERIKATAN NASIONAL, PAS KALAH 2 PRN

Sejak PAS bersama PPBM dalam Perikatan Nasional, hanya kekalahan mewarnai politik PAS bermula dengan PRN Melaka diikuti PRN Johor.



Ini lebih memberi tekanan kepada ahli bawahan PAS yang telah menjalinkan kerjasama baik dengan UMNO selepas PRU14. 

Apa sebenarnya yang pemimpin PAS mahukan dalam politik? Mencari keuntungan untuk kepentingan parti atau mencari keistimewaan dilantik dalam kabinet? 

Adakah agenda ‘liberalisme’ pentadbiran sudah mula menular dalam PAS? Seperti hilang asas politik PAS kini terumbang-ambing mencari haluan sebenar mereka.

“PASLEAK” CUBAAN CARI POPULARITI ATAU SEKADAR JADI ‘TUNGGANGAN?

Antara kandungan Dokumen Sulit ‘PASleak’

 

Lebih merumitkan keadaan, tular pula isu “PASleak” membabitkan maklumat sulit perancangan serta percaturan politik tersebar.



Walau telah dinafikan kesahihan dokumen PASleak, ramai kalangan ahli PAS mahu Presiden PAS menjelaskan adakah benar ada pertemuan seperti tersebar dalam ‘maklumat sulit’ dan apa maksud pertemuan tersebut.

PasLeak: Hamzah senada Ahmad Samsuri anggap dokumen sampah (utusan.com.my)

Sehingga sekarang masih tiada penafian atau kenyataan rasmi yang dikeluarkan Presiden PAS berkenaan ‘dokumen sulit’ tersebut.

 

Antara kandungan Dokumen Sulit ‘PASleak’

 

Mengejutkan dunia politik tanahair, perancangan yang tersebar menunjukkan PAS akan digunakan bagi melaksanakan pelan yang ditetapkan untuk melemahkan UMNO.

Pergeseran pendapat sesama mereka juga menyebabkan berlaku pemecatan keahlian PAS dilihat semakin menjurus ke arah pemerintahan ‘diktator’ dalam parti.

Ternyata PAS yang sekarang sudah berubah mengikut telunjuk ‘tangan ghaib’. 

Milik siapakah ‘tangan ghaib’ tersebut sebenarnya hanya pemimpin PAS yang boleh memberi jawapannya.

Najib, Zahid, Tok Mat benteng UMNO dari diharamkan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker